Kembara Ilmu ke Negeri Sembilan Pelajar SK 1, Tapah Bersama Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd
Assalamualaikum!!
Kali ni admin berpeluang bawak pelajar melawat ke Negeri Sembilan menaiki KTM Komuter. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru. Pelajar terdiri daripada pelajar pra sekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun.
Program bermula dari Sekolah Kebangsaan 1, Tapah. Seawal jam 5 pagi peserta bekumpul di perkarangan sekolah sebelum memulakan perjalanan jam 5.30 pagi menaiki bas. Kami semua tiba di stesen KTM Tanjung Malim jam 6.30 petang dan menaiki train pertama jam 6.55 pagi.
Pelajar merasa seronok dan teruja kerana mendapat pengalaman pertama menaiki komuter. Perjalanan ke KL Sentral mengambil masa selama 1 jam setengah. Tiba di KL Sentral kami dijemput oleh wakil KTM untuk membawa kami ke tempat lawatan.
Dari KL Sentral ke Seremban, mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan pelbagai aktivit menarik diadakan untuk para pelajar. Mereka semua terhibur dan bergembira sepanjang perjalanan. Aktiviti bola beracun, kuiz, menyanyi dan juga menari.
Setibanya kami di Seremban, kami menaiki bas dan berhenti di tempat lawatan pertama iaitu Muzium Seremban. Nasib kami tidak berapa baik kerana muzium dalam penyelenggaraan dan dapat pergi disekitar muzium sahaja.
Selepas itu, kami dibawa menikmati makan tengahari di Restoran terpilih. Setelah kenyang, kami dibawa ke Kilang Yakult. Satu-satunya kilang Yakult di Malaysia adalah di Seremban. Semasa di Kilang Yakult, kami diberi penerangan mengenai Yakult dan melihat bagaimana proses pembuatan dan pembotolan Yakult. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar semasa didalam kilang Yakult.
Tempat terakhir kami ke Jelita Ostrich Farm Show. Tempat ini yang paling menarik kerana kita boleh bagi mereka makan. Admin belanja gambar2 menarik sepanjang trip ini.
Pelajar paling enjoy di Jelita Ostrich Farm. Sebab ada banyak haiwan jinak yang ada disini boleh disentuh dan di beri makan. Selain dari Ostrich, ada kambing, angsa, kuda disekitar ladang ini. Ada yang menjerit ketakutan, ada yang seronok.
Peserta tiba di SK1, Tapah pada Jam 12 tgh malam. Admin dapat feedback dari ibubapa yang mereka sememangnya enjoy dengan trip ini. Insyaallah admin akan usahakan trip yang lain dari yang lain.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan kembara ilmu bersama kami, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Pejabat: 05-4340650
MD: 014-2525383
Marketing Manager: 012-3497796