Assalamualaikum wbt.
PROFAIL SYARIKAT
Al
Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Al
Haramain Global Sdn Bhd) ditubuhkan pada 28 Jun 2013 dengan modal berbayar
sebanyak RM 200,100.00
Operasi
perniagaan pelancongan dimulakan pada tahun 2013 dengan tumpuan didalam
perniagaan pengurusan Umrah dan Haji. Selaras dengan perkembangan industri
pelancongan Malaysia, Al Haramain Global Tours & Services mengembangkan
sayap perniagaannya kepada pengendalian pelancongan di dalam dan luar negara
termasuk penempahan tiket-tiket syarikat penerbangan yang ternama.
Matlamat
kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan
kami dengan penekanan kepada aspek kecekapan, keberkesanan dan pengetahuan
warga kerja. Al Haramain Global Tours & Services dianggotai oleh pasukan
kerja yang dinamik, dedikasi dan berpengalaman bagi melaksanakan tugas-tugas
yang diamanahkan demi kebaikan semua pelanggan. Hasilnya, rangkaian pelanggan
kami merangkumi individu, sektor kerajaan dan swasta.