Kembara Ilmu ke Negeri Sembilan Pelajar SK 1, Tapah Bersama Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd


Assalamualaikum!!

Kali ni admin berpeluang bawak pelajar melawat ke Negeri Sembilan menaiki KTM Komuter. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru. Pelajar terdiri daripada pelajar pra sekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun.

Program bermula dari Sekolah Kebangsaan 1, Tapah. Seawal jam 5 pagi peserta bekumpul di perkarangan sekolah sebelum memulakan perjalanan jam 5.30 pagi menaiki bas. Kami semua tiba di stesen KTM Tanjung Malim jam 6.30 petang dan menaiki train pertama jam 6.55 pagi.

Pelajar merasa seronok dan teruja kerana mendapat pengalaman pertama menaiki komuter. Perjalanan ke KL Sentral mengambil masa selama 1 jam setengah. Tiba di KL Sentral kami dijemput oleh wakil KTM untuk membawa kami ke tempat lawatan. 

Dari KL Sentral ke Seremban, mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan pelbagai aktivit menarik diadakan untuk para pelajar. Mereka semua terhibur dan bergembira sepanjang perjalanan. Aktiviti bola beracun, kuiz, menyanyi dan juga menari.

Setibanya kami di Seremban, kami menaiki bas dan berhenti di tempat lawatan pertama iaitu Muzium Seremban. Nasib kami tidak berapa baik kerana muzium dalam penyelenggaraan dan dapat pergi disekitar muzium sahaja.

Selepas itu, kami dibawa menikmati makan tengahari di Restoran terpilih. Setelah kenyang, kami dibawa ke Kilang Yakult. Satu-satunya kilang Yakult di Malaysia adalah di Seremban. Semasa di Kilang Yakult, kami diberi penerangan mengenai Yakult dan melihat bagaimana proses pembuatan dan pembotolan Yakult. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar semasa didalam kilang Yakult.

Tempat terakhir kami ke Jelita Ostrich Farm Show. Tempat ini yang paling menarik kerana kita boleh bagi mereka makan. Admin belanja gambar2 menarik sepanjang trip ini.




























Pelajar paling enjoy di Jelita Ostrich Farm. Sebab ada banyak haiwan jinak yang ada disini boleh disentuh dan di beri makan. Selain dari Ostrich, ada kambing, angsa, kuda disekitar ladang ini. Ada yang menjerit ketakutan, ada yang seronok.

Peserta tiba di SK1, Tapah pada Jam 12 tgh malam. Admin dapat feedback dari ibubapa yang mereka sememangnya enjoy dengan trip ini. Insyaallah admin akan usahakan trip yang lain dari yang lain.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan kembara ilmu bersama kami, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pejabat: 05-4340650
MD: 014-2525383
Marketing Manager: 012-3497796

Riadah Cuti Sekolah Bersama Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd di Sunway Lagoon Theme Park


Assalamualaikum kepada semua!!

Hari ni bermula la cuti sekolah. Anak-anak pun rehat selama sebulan sebelum bermula tahun baru 2017. Ibu bapa pun mula memikirkan tempat riadah mana yang bersesuaian dengan anak-anak bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pada 10 November 2016, Cikgu dari Taska Permata Batang Padang, Tapah menjayakan program family day di Sunway Lagoon. Program bermula jam 7 pagi dan berakhir pada jam 11 malam. Seramai 44 peserta yang terdiri daripada cikgu, ibu bapa dan anak-anak permata. 

Tiket masuk ke Sunway Lagoon mengikut harga kaunter adalah RM 150 dewasa, RM 90 kanak-kanak. Untuk mendapatkan tiket masuk yang murah, sila hubungi kami ya. Special rate kami tawarkan untuk anda semua.

Harga tiket yang mahal adalah berbaloi kerana di Sunway Lagoon bermacam aktiviti boleh dilakukan. Masa yang diperuntukkan dari pagi hingga ke petang amatlah tidak mencukupi bagi kanak-kanak. 

Kat Sunway Lagoon, Ada Water Park, Wildlife Park, Amusement Park, Nickelodeon Theme Park. Best kan!! Semua ada di satu tempat sahaja. Pusing la mana-mana ceruk Sunway Lagoon. 







Jika anda berminat nak dapatkan harga murah dari kaunter, sila hubungi kami
05-4340650 / 012-3497796


3H2M Shopping Tour Ho Chi Minh


Assalamualaikum,

Al Haramain Global Tours & Services telah membuka pakej free & easy di Ho Chi Minh. Seramai 8 orang peserta mengikuti pakej pada 3-5 November 2016. Kumpulan ini diketuai oleh Ust Hj Shamsul Anwar. 

Pakej free & easy ini lebih kepada aktiviti bebas dan tidak terikat dengan itinerary program sesuai dengan kehendak peserta. Itinerary untuk kumpulan ini adalah seperti berikut:

Hari 1: Transfer In - Airport to Hotel (Blessing 1 Saigon Hotel 3*) (B)
Hari 2: Bebas (B)
Hari 3: Transfer Out - Hotel to Airport (B)

Berikut adalah gambar-gambar menarik di Ho Chi Minh.





































Spot menarik untuk dikunjungi adalah seperti 
  • Pasar Ben Tanh
  • Pasar Malam
  • Malaysian Street
  • Post Office (Binaan Alexander Gustave Eiffel)
  • Notre Dame 
Jika berminat, sila hubungi kami untuk kami sediakan pakej yang mengikut citarasa dan poket anda.

Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd
Tel: 05-4340650
MD: 014-2525383
Sales Manager: 012-3497796