Pakej Lawatan Kembara Ilmu 


Assalamualaikum,

Al Haramain Global Tours & Services bukan sahaja menguruskan Jemaah Umrah sahaja, bahkan ia meliputi semua perkhidmatan menguruskan pakej pelancongan dalam dan luar negara. Oleh itu, kami menyediakan pakej khas lawatan untuk pelajar sekolah tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Cikgu tak perlu bersusah payah untuk buat semua tempahan. Pihak kami akan pastikan semua perjalanan lawatan berjalan lancar. Cikgu hanya mengumpul kan peserta sahaja. Harga pakej yang dikenakan adalah mengikut BAJET cikgu. Perbincangan diantara cikgu dan petugas Al Haramain di perlukan untuk memastikan semua mengikut persetujuan.


Cikgu perlu pilih destinasi dan kami akan berikan harga yang munasabah untuk pelajar. Antara sekolah yang menggunakan perkhidmatan kami adalah seperti berikut:

PASTI SMART AULAD, BIDOR

 SEK KEB 1, TAPAH

SEK KEB 1, TAPAH

SEK KEB PENDITA ZABA, TAPAH ROAD

SEK RENDAH AGAMA DARUT TAUHID


Kami akan mengiringi perjalanan lawatan dari mula hingga akhir program untuk memastikan semua berjalan lancar. Alhamdulillah, semua peserta merasa gembira.

Jika cikgu berminat untuk mendapatkan khidmat kami, sila datang / hubungi kami :

Pejabat: No 12A, Persiaran Golf 1, Taman Golf, 35500 Bidor Perak
No Tel: 05-4340650
Tn Hj Azmi 014-2525383
Pn Yus 012-3497796

Kami juga boleh ke sekolah untuk memudahkan perbincangan. Sila maklum kepada kami. Kami sedia menyantuni Anda.

Terima kasih.

Pembukaan cawangan Johor 

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Al H aramain Group telah mengorak selangkah ke Selatan Tanah Air iaitu di Johor Bahru. Pembukaan cawangan ini telah berlangsung pada 1 April 2017. Wakil dari HQ terdiri daripada Tn Hj Azmi, Ust Hj Fadzli dan En Hafizi.

Majlis bacaan yassin dan doa selamat telah diadakan sempena majlis perasmian cawangan baru yang beralamat di 

No 23-1, Jalan Pulai Perdana 4, Taman Sri Pulai Perdana 2, 81300 Kangkar Pulai, Johor.

No telefon pejabat : 07-5572048.


Berikut adalah sebahagian gambar semasa perasmian tersebut.














 


Jemaah dari selatan tanah air, boleh hubungi pejabat cawangan untuk sebarang urusan umrah. Pengurus di cawangan ini adalah Hj Baie dan Hjh Saerah.

Semoga Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd gemilang dan terbilang pada masa akan datang. Amin


KEMBARA ILMU KE TAIPING, PERAK.


Assalamualaikum,

Sempena tahun melawat Perak 2017, Sekolah Kebangsaan Pendita Zaba telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping, Perak pada 1 April 2017. Seramai 80 orang peserta menyertai program ini. Peserta terdiri daripada pelajar Pra Sekolah, guru pengiring dan ibu bapa.

Berikut adalah sekitar gambar-gambar menarik sepanjang program Kembara Ilmu bersama Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd. Aturcara program adalah seperti berikut:









Lepas semua peserta dah puas jalan-jalan dalam zoo. Perut pun dah berkeroncong, kami sediakan makan tengahari dalam restoran tau. Ada aircond, tempat makan selesa, ala2 buffet. Peserta semua happy tak der la makan tapau2. Kami mementingkan keselesaan peserta sepanjang program lawatan. Ni gambar kat Restoran Mergastua.




Semua dah selesai makan, peserta dibawa ke Muzium Taiping. Semua syok amik gambar sebab kat muzium ada gambar 3d. 

Masa kami keluar dari Muzium, Hujan sangat lebat. Semua peserta dibawa ke Masjid untuk solat. Lepas tu, mereka semua dibawa melihat Tasik Taiping dari dalam bas sahaja. Kita merancang, Allah yang tentukan. Disebabkan tak dapat ke Tasik Taiping, kami bawak semua ke kedai barang murah Long Wan. Ibu-ibu pun apa lagi, shoping la. Anak2 semua dok dalam bas..hehehe.. 
Kami semua tiba di sekolah jam 6.30 malam. 
Peserta pulang dalam perasaan yang sungguh gembira. 

Jika anda cikgu cikgi yang ingin menggunakan perkhidmatan kami, jangan segan untuk menghubungi kami. Harga adalah sangat berpatutan. Cikgu tak perlu buat apa-apa, cuma mencari bilangan peserta sahaja. Selebihnya kami akan uruskan. 

Roger je Kak Yus 012-3497796 atau MD, Tn Hj Azmi 014-2525383 atau datang sendiri ke pejabat di Bidor untuk perbincangan. Nak saya ke sekolah pun boleh. 

Jom mengembara bersama Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd.!

PAKEJ PERCUTIAN UNIK DI INDONESIA DENGAN HANYA RM890 SAHAJA!!!

Assalamualaikum kepada semua,

Al Haramain Global ada menguruskan trip ke Pulau Bintan, Indonesia pada cuti HARI BURUH akan datang. Anda tak perlu apply CUTI, sebab cuti ni cuti berderet. 29 April hingga 1 May 2017.

Orang Malaysia selalu nya nak pergi bercuti ke Indonesia seperti Medan, Bali, Jakarta, Padang, Lombok. Jarang ada travel agent nak buat bercuti ke Pulau Bintan, Kepulauan Riau.

Pulau Bintan adalah merupakan satu tempat yang sesuai untuk Aktiviti Family Day, Golfers dan juga Badan Korporat.. Best kan..RM890 seorang je. Anda boleh bermacam aktiviti kat Pulau Bintan.

Jom kita google apa tempat yang BEST???
  1. Teluk Lagoi - 
  2.  Pulau Penyengat 
  3.  Air Terjun Gunung Bintan
  4.  Golf di Pulau Tropis
  5.  Hutan Mangrove
  6.  Danau Biru
  7. Pantai Senggiling
Haaa...cantik kan pantai nyer. Ala ala Lombok gitu. Kalau kat Lombok, ada pantai sengigi, air terjun sendeng gile..kos ke Lombok naik flight RM 1400 seorang. Kalu P tempat ala-ala Lombok iaitu kat Pulau Bintan ni cuma RM890 seorang ajer.

Kat Pulau Bintan ni, korang semua boleh buat aktiviti seperti berikut:
  • Land and sea activities ( Jet ski, kayaking, Paddle Boating)
  • Family and friends activities
  • Golfing
  • Team building pun ada kome weh
Perjalanan ke Pulau Bintan menaiki feri dari Terminal Feri Stulang Laut dan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Asik naik flight aje kan..kita ubah pulak naik feri...hehe..RM890 tu dah all in ye..kome p sana nty bawak duit shopping n sediakan tax feri masa balik (RM30-40) je.

Ok gais...tempat sangat TERHAD. Untuk pendaftaran, boleh call Kak Yus 05-4340650 / 012-3497796. 

OK...see ya...

3H2M BATAM SHOPPING TOUR


Assalamualaikum,

17 - 19 Mac 2017, Ketua OPerasi Al Haramain Global TOurs, Ust Hj Mohd Fadzli telah membawa jemaah bercuti ke Kepulauan Indonesia, Batam. Seramai 9 orang peserta mengikuti trip ini. Perjalanan dimulakan dari Ipoh dan terus ke Terminal Feri di Stulang Laut.

Admin aturkan perjalanan program ini. Peserta menaiki Feri dari Stulang Laut. Perjalanan menaiki feri mengambil masa selama 2 jam. Berikut adalah gambar menarik sepanjang 3hari di Batam. 



















Semua guest merasa seronok dapat explore tempat menarik kat Batam. Biasa banyak travel agent buat pegi naik flight, pergi Medan, bandung, Bali. Apa kata kita naik feri pulak. Enjoy je layan ombak kat laut. 

Next trip kita ada buat trip ke Tanjung Pinang.. Cuti Hari Buruh. 29 April - 1 May 2017. Sape nk daftar meh hubungi kami:

Pejabat: 05-4340650
Pengarah Urusan, Hj Azmi 014-2525383
Pengurus Pemasaran Pn Yus 012-3497796