PROFIL PASUKAN PENGURUSAN AL HARAMAIN GLOBAL TOURS & SERVICES SDN BHD


Haji Ros Azmi Bin Haji Shaari
Pengarah Urusan

Tuan Haji Ros Azmi merupakan personal utama dalam mewujudkan syarikat ini. Beliau bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan perjalanan operasi syarikat. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan. Beliau juga pernah menjadi petugas perubatan Tabung Haji pada tahun 2013. Beliau berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang pelancongan terutama dalam pengurusan pakej-pakej umrah. Beliau mempunyai Diploma Public Admin, UITM.




Haji Shamsul Anwar Bin M Busra
Timbalan Pengarah Urusan

Tuan Haji Shamsul Anwar merupakan salah seorang mutawif syarikat. Beliau mempunyai Ijazah Pengajian Islam, B.A Hons Mu’tah Universiti Jordan. Beliau juga merupakan Pengetua Maahad Darulaitam, Temoh, Perak.



Haji Mohd Fadzli Bin Azmi
Pengarah Operasi

Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Azmi merupakan pengarah operasi syarikat. Beliau mempunyai pengalaman dalam mengendalikan operasi haji dan umrah. Sebelum menyertai Al Haramain Global Tours & Services beliau berpengalaman sebgai pengurus cawangan Bahrulmazi Travel & Tours Sdn Bhd. Beliau mempunyai Ijazah Bahasa dan Sastera Arab, Universiti Al Bayt Jordan.





Mohd Azmir Bin Ibrahim
Pegawai Kewangan

Mohd Azmir Bin Ibrahim mempunyai kelulusan dalam Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal kewangan syarikat.



Muhammad Hafizi Bin Zainal Abidin
Pegawai Pentadbiran

Muhammad Hafizi Bin Zainal Abidin mempunyai kelulusan Ijazah Mekanikal, UTeM, Melaka. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pentadbiran syarikat.



0 comments:

Post a Comment