PERKONGSIAN INFO BADAL HAJI
Assalamualaikum,Hari ini saya akan updatae perkongsian berkenaan Badal Haji / Upah Haji.
- 100% atas dasar kepercayaan
- Petugas mesti seorang yang pernah mengerjakan Haji
- Petugas mesti seorang yang tahu hukum hakam ibadat Haji
- Hanya seorang petugas sahaja boleh berniat untuk seorang arwah
- Hanya boleh dilakukan pada musim Haji sahaja
- Petugas akan melaksanakan sepenuhnya kerja-kerja Haji bermula hari Wuquf, singgah di Mudzalifah, berada di Mina beberapa hari untuk melontar, kembali ke Mekah untuk Tawaf dan Saie
- Petugas perlu berihram dan berpantang seperti jemaah lain.
INFO HARGA UPAH HAJI
Tabung Haji
RM 2,500 (Tahun 2015)
RM 3,000 (Tahun 2016)
Syarikat Berlesen
RM 2,000 (Tahun 2015)
RM 2,600 (Tahun 2016)
Iklan Individu di Pokok2
RM 1,500 (Sepanjang Masa)
BERFIKIR DENGAN WARAS SEBELUM BUAT KEPUTUSAN UPAH HAJI
Jangan terpedaya dengan harga upah haji yang murah kerana banyak kejadian berlaku seperti:
- Wang diambil tapi badal haji tidak dikerjakan
- Seorang petugas berniat sampai untuk 10 orang
SECARA LOGIKNYA PERBELANJAAN DI MEKAH PADA MUSIM HAJI:
- Upah tolak Wheelchair dari hotel untuk tawaf dan saie dan kembali semula ke hotel (sekitar RM 1,500) hanya mengambil masa sekitar 4 jam atau kurang pada musim Haji.
- Upah tolak Wheelchair untuk Saie sahaja yang tidak sampai 1 jam kerja pun mencecah RM 500 pada musim Haji. (RM150 pada musim umrah biasa)
Bayangkan, siapa yang sanggup mengambil upah hanya RM 1,500 untuk berihram dan bersusah payah berada dalam jutaan manusia selama seminggu dengan kos makan minum serta pengangkutan yang mahal pada musim haji, sedangkan dia bukan sanak saudara kita pun. Sudah semestinya tidak masuk akal.
Justeru saya mengajak umat islam kembali rasional dalam membuat perhitungan harga untuk Badal Haji, jangan sekali-kali terpengaruh dengan harga yang murah. Kadar yang telah ditetapkan Tabung Haji itu amat munasabah, malah masih rendah kalau mahu dinilai dengan kadar matawang negara yang semakin jatuh akhir-akhir ini. Cuba kita letakkan diri kita di tempat petugas badal haji tersebut, sanggupkah kita dengan hanya bayaran RM 1,500, kita melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab sehingga terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung perbelanjaan kos pengangkutan dan makan minum selama seminggu, malah sebahagian petugas yang datangnya dari Madinah (sejauh KL-Kelantan)
Kalau kita tulus untuk membuat upah haji kepada keluarga tersayang, biarlah kita rasa puas tanpa rasa ragu-ragu. Jangan ingat di Tanah Suci tiada penipuan dan kejahatan, malah di tepi Kaabah pun bukan sedikit penyeluk saku yang menjalankan aktiviti mereka.
Sekurang-kurangnya kalau upah haji itu boleh diterima akal, akan meredakan jiwa kita..tapi kalau awal-awal lagi dah tak masuk akal, bagaimana mungkin jiwa kita akan tenteram dengan wang yang diserahkan.
KADAR UPAH HAJI AL HARAMAIN GLOBAL TOURS & SERVICES SDN BHD
Pakej 1 : RM 1900.00
** UPAH HAJI dilakukan oleh pemastautin Mekah
** Anda akan diberi Sijil Perlaksanaan
** Hadiah Iringan : Air Zam Zam, Sejadah, dan Kurma Ajwa
PAKEJ 2 : RM 3900.00
** UPAH HAJI dilakukan oleh Pelajar Universiti Mekah/Madinah
** Anda akan diberi Sijil Perlaksanaan
** Hadiah Iringan : Air Zam Zam, Sejadah, dan Kurma Ajwa
Untuk tempahan segera, sila hubungi kami :
05-4340650
014-2525383 Tn Hj Azmi
013-3938504 Ust Hj Mohd Fadzli
013-4077171 Ust Hj Shamsul
0 comments:
Post a Comment