PAKEJ PERCUTIAN UNIK DI INDONESIA DENGAN HANYA RM890 SAHAJA!!!

Assalamualaikum kepada semua,

Al Haramain Global ada menguruskan trip ke Pulau Bintan, Indonesia pada cuti HARI BURUH akan datang. Anda tak perlu apply CUTI, sebab cuti ni cuti berderet. 29 April hingga 1 May 2017.

Orang Malaysia selalu nya nak pergi bercuti ke Indonesia seperti Medan, Bali, Jakarta, Padang, Lombok. Jarang ada travel agent nak buat bercuti ke Pulau Bintan, Kepulauan Riau.

Pulau Bintan adalah merupakan satu tempat yang sesuai untuk Aktiviti Family Day, Golfers dan juga Badan Korporat.. Best kan..RM890 seorang je. Anda boleh bermacam aktiviti kat Pulau Bintan.

Jom kita google apa tempat yang BEST???
  1. Teluk Lagoi - 
  2.  Pulau Penyengat 
  3.  Air Terjun Gunung Bintan
  4.  Golf di Pulau Tropis
  5.  Hutan Mangrove
  6.  Danau Biru
  7. Pantai Senggiling
Haaa...cantik kan pantai nyer. Ala ala Lombok gitu. Kalau kat Lombok, ada pantai sengigi, air terjun sendeng gile..kos ke Lombok naik flight RM 1400 seorang. Kalu P tempat ala-ala Lombok iaitu kat Pulau Bintan ni cuma RM890 seorang ajer.

Kat Pulau Bintan ni, korang semua boleh buat aktiviti seperti berikut:
  • Land and sea activities ( Jet ski, kayaking, Paddle Boating)
  • Family and friends activities
  • Golfing
  • Team building pun ada kome weh
Perjalanan ke Pulau Bintan menaiki feri dari Terminal Feri Stulang Laut dan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Asik naik flight aje kan..kita ubah pulak naik feri...hehe..RM890 tu dah all in ye..kome p sana nty bawak duit shopping n sediakan tax feri masa balik (RM30-40) je.

Ok gais...tempat sangat TERHAD. Untuk pendaftaran, boleh call Kak Yus 05-4340650 / 012-3497796. 

OK...see ya...

3H2M BATAM SHOPPING TOUR


Assalamualaikum,

17 - 19 Mac 2017, Ketua OPerasi Al Haramain Global TOurs, Ust Hj Mohd Fadzli telah membawa jemaah bercuti ke Kepulauan Indonesia, Batam. Seramai 9 orang peserta mengikuti trip ini. Perjalanan dimulakan dari Ipoh dan terus ke Terminal Feri di Stulang Laut.

Admin aturkan perjalanan program ini. Peserta menaiki Feri dari Stulang Laut. Perjalanan menaiki feri mengambil masa selama 2 jam. Berikut adalah gambar menarik sepanjang 3hari di Batam. 



















Semua guest merasa seronok dapat explore tempat menarik kat Batam. Biasa banyak travel agent buat pegi naik flight, pergi Medan, bandung, Bali. Apa kata kita naik feri pulak. Enjoy je layan ombak kat laut. 

Next trip kita ada buat trip ke Tanjung Pinang.. Cuti Hari Buruh. 29 April - 1 May 2017. Sape nk daftar meh hubungi kami:

Pejabat: 05-4340650
Pengarah Urusan, Hj Azmi 014-2525383
Pengurus Pemasaran Pn Yus 012-3497796

Riadah Cuti Sekolah Al Haramain Global Tours & Services Bersama Pelajar PASTI Smart Aulad, Bidor, Perak Ke Aquaria KLCC.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah Admin panjatkan kesyukuran setelah selesai membawa pelajar PASTI beriadah CUTI SEKOLAH ke Aquaria KLCC. Lawatan ini telah diadakan pada 18 Mac 2017 (Sabtu) dan disertai seramai 85 orang yang terdiri daripada guru, pengurus, ibu bapa serta pelajar 4 - 6 tahun.

Tentatif lawatan yang kami sediakan tidak terlalu banyak aktiviti memandangkan kebanyakan pelajar tidak diiringi oleh ibu bapa dan dikawal oleh guru-guru. Seawal jam 8.00 pagi kami bergerak dari Bidor dan tiba di Aquaria KLCC jam 10.30 pagi.

Setibanya di Aquaria, Admin menguruskan tiket masuk ke Aquaria. Sementara itu, Pengurus Pasti, En Azuan bergambar kenangan di pintu masuk Aquaria. 


Bila dah ada tiket, pelajar pun masuk ke Aquaria dengan perasaan ingin tahu apa yang ada di Aquaria. Masing-masing teruja dapat lihat ikan besar depan mata. Admin seronok tengok gelagat pelajar-pelajar semua.












Setelah pelajar semua puas berjalan-jalan lihat ikan, Admin pun bawa semua peserta lawatan menikmati makan tengahari di Restoran Wendys. Al Haramain Global sediakan makan kat Restoran tau, bukan packing lunch. Best kan? 







Habis makan, Admin bawa peserta lawatan ke Taman KLCC. Jalan sakan deme kt KLCC. Best kan?












Last tempat untuk program hari ni, kita solat di Masjid Assyakirin. Disebabkan kawasan KLCC dalam proses pembinaan, jauh peserta berjalan ke masjid. Setelah solat dan berehat di Masjid, kami meneruskan perjalanan pulang ke Bidor. Kami tiba di Bidor jam 5.30 petang. 

Selesai sudah aktiviti bersama pelajar Pasti Smart Aulad. Next trip Pengurus Pasti dah minta sebut harga lawatan ke Kilang Gardenia, Shah Alam. 

Sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat servis pelancongan dari Al Haramain Global Tours & Services boleh hubungi kami di talian:

Pejabat: 05-4340650
Pengarah Urusan: Hj Azmi 014-2525383
Pengurus Pemasaran: Pn Yus 012-3497796