Riadah Cuti Sekolah Al Haramain Global Tours & Services Bersama Pelajar PASTI Smart Aulad, Bidor, Perak Ke Aquaria KLCC.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah Admin panjatkan kesyukuran setelah selesai membawa pelajar PASTI beriadah CUTI SEKOLAH ke Aquaria KLCC. Lawatan ini telah diadakan pada 18 Mac 2017 (Sabtu) dan disertai seramai 85 orang yang terdiri daripada guru, pengurus, ibu bapa serta pelajar 4 - 6 tahun.

Tentatif lawatan yang kami sediakan tidak terlalu banyak aktiviti memandangkan kebanyakan pelajar tidak diiringi oleh ibu bapa dan dikawal oleh guru-guru. Seawal jam 8.00 pagi kami bergerak dari Bidor dan tiba di Aquaria KLCC jam 10.30 pagi.

Setibanya di Aquaria, Admin menguruskan tiket masuk ke Aquaria. Sementara itu, Pengurus Pasti, En Azuan bergambar kenangan di pintu masuk Aquaria. 


Bila dah ada tiket, pelajar pun masuk ke Aquaria dengan perasaan ingin tahu apa yang ada di Aquaria. Masing-masing teruja dapat lihat ikan besar depan mata. Admin seronok tengok gelagat pelajar-pelajar semua.












Setelah pelajar semua puas berjalan-jalan lihat ikan, Admin pun bawa semua peserta lawatan menikmati makan tengahari di Restoran Wendys. Al Haramain Global sediakan makan kat Restoran tau, bukan packing lunch. Best kan? 







Habis makan, Admin bawa peserta lawatan ke Taman KLCC. Jalan sakan deme kt KLCC. Best kan?












Last tempat untuk program hari ni, kita solat di Masjid Assyakirin. Disebabkan kawasan KLCC dalam proses pembinaan, jauh peserta berjalan ke masjid. Setelah solat dan berehat di Masjid, kami meneruskan perjalanan pulang ke Bidor. Kami tiba di Bidor jam 5.30 petang. 

Selesai sudah aktiviti bersama pelajar Pasti Smart Aulad. Next trip Pengurus Pasti dah minta sebut harga lawatan ke Kilang Gardenia, Shah Alam. 

Sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat servis pelancongan dari Al Haramain Global Tours & Services boleh hubungi kami di talian:

Pejabat: 05-4340650
Pengarah Urusan: Hj Azmi 014-2525383
Pengurus Pemasaran: Pn Yus 012-3497796

0 comments:

Post a Comment