Kembara Ilmu Bersama Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd
Assalamualaikum,
Perhhh lama dah rasanya Admin tak berceloteh dalam blog Al Haramain Global. Kekangan masa dan trip lawatan setiap minggu menyebabkan Admin terpaksa menyepi buat sementara waktu.
Kali ni Admin akan bercerita mengenai pakej yang bermula dari awal Oktober sehingga November 2017. Seronok Admin melayan karenah cikgu dan anak murid semasa lawatan yang kami uruskan. Pelbagai kenangan manis dapat kami lakarkan bersama sepanjang program lawatan Kembara Ilmu.
Pada 7 Oktober 2017 bersamaan Hari Sabtu, SK 1 Tapah telah menyertai Program Kembara Ilmu ke Kuala Lumpur. Antara tempat lawatan yang kami pergi adalah Menara KL dan Muzium Coklat Damansara. Di Menara KL, kami ambil pakej Observation Deck + XD Theatre. Antara gambar menarik yang sempat Admin rakamkan untuk tatapan semua:
14 Oktober 2017 bersamaan hari Sabtu, Admin uruskan trip Lawatan Taska Permata Tapah ke Pulau Pinang. Mereka dibawa ke Bukit Bendera dan Kidland. Seawal jam 4 pagi bertolak ke Penang. Setelah seharian bersuka ria, kami pulang ke Tapah Jam 10 malam. Kidland merupakan tempat dunia kanak-kanak ala-ala Kidzania. Selama 6 jam kami habiskan masa untuk anak-anak explore dunia pekerjaan.
24 Oktober 2017, SK Bikam mengikuti program Kembara Ilmu ke Kuala Lumpur. Mereka melawat Kuala Lumpur iaitu di Menara KL, Planetarium Negara dan Muzium Coklat. Seramai 35 peserta yang teridiri daripada guru pengiring dan anak murid. Pelbagai aksi dan gaya teruja mereka tiba di Kuala Lumpur.
26 Oct 2017, Sk Haji Hassan mengikuti Kembara Ke Kuala Lumpur iaitu ke Menara KL, Petrosains KLCC dan Tugu Negara.
28 Oktober 2017, Al Haramain Global Tours & Services menerima pelawaan dari SK Desa Pinggiran Putra untuk menguruskan Kembara Ilmu sekolah untuk ke Menara KL, Pusat Sains Negara dan Tugu Negara.
01 Nov 2017- SK Sungkai mengadakan program lawatan Ke Kuala Lumpur. Tempat lawatan adalah sekitar Menara KL, Masjid Negara, Times Square.
9 Nov 2017- SK Telaga Nenas dari manjung pula menggunakan perkhidmatan kami untuk menguruskan lawatan ke Kuala Lumpur. Perjalananan kali ini menggunakan pengangkutan awam iaitu ETS dan LRT. Perhhh pengalaman yang amat menyeronokkan untuk anak-anak murid dan juga cikgu. Tempat lawatan adalah di KLCC (Aquaria dan Petrosains) dan juga di Pasar Seni.
11 Nov 2017, SRA Temoh mengadakan lawatan ke Pusat Sains, Upin Ipin Merchandise Store dan Muzium Coklat.
18 Nov 2017-Pasti Al Mujahidin mengadakan lawatan ke Putrajaya dan Muzium Coklat. Seramai 80 orang peserta menyertai program kali ni.
18 Nov 2017-Pasti Al Mujahidin mengadakan lawatan ke Putrajaya dan Muzium Coklat. Seramai 80 orang peserta menyertai program kali ni.
Perhhhh bestkan...Trip lawatan yang menarik, jimat dan berbaloi untuk anak-anak murid dan cikgu sekolah. Sebelum cuti sekolah semua sekolah berusaha untuk menggembirakan hati anak murid. Selepas habis periksa, semua bergembira bersama-sama. Ada juga murid tahun 6 yang akan ke sekolah menengah. Best moment mereka terukir bersama guru dan rakan-rakan sebelum melangkah ke alam sekeolah menengah.
Pakej yang kami sediakan adalah termasuk:
Pakej yang kami sediakan adalah termasuk:
- pengangkutan (Bas/ETS/Komuter)
- Sarapan Pagi (Roti + Air Kotak)
- Makan Tenghari (Fast Food / Pack Lunch)
- Minum Petang
- Tiket Masuk ke Tempat lawatan
- Tour Leader
Pakej yang kami sediakan adalah bergantung kepada kesesuaian tahap umur murid dan bajet.
Sekiranya ada cikgu yang perlukan sebut harga untuk pakej lawatan pelajar, boleh hubungi kami di talian: 05-4340650 atau Puan Yus 012-3497796
Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd
No 12A, Persiaran Golf 1, Taman Golf, 35500 Bidor, Perak
0 comments:
Post a Comment